Camping di Bukit Perangin campsite
~ 16 Jun 2023 Bestfriend balik ke rumah saya sempena weekend yang agak panjang dan kami buat perancangan last minute untuk berkhemah. Saya jumpa satu campsite yang terletak di Tanjung Jaga, Yan, Kedah iaitu Bukit Perangin Campsite dan terus booking satu tapak khemah berbumbung dengan harga RM 50 untuk satu tapak. Kami dapat ground sheet dan BBQ pit percuma dan boleh menggunakan kemudahan campsite seperti tandas, sinki dan plug point. Saya ada khemah kecil yang boleh memuatkan dua orang, jadi kami tak sewa khemah. Perjalanan naik ke campsite agak mencabar sebab terpaksa melalui jalan yang sempit yang hanya memuatkan sebuah kereta sahaja untuk lalu. Ranting-ranting dan dahan pokok bersimpang siur di tepi jalan dan kami betul-betul melalui jalan di dalam hutan. Jalan tar yang kecil itu berlubang-lubang dan kami perlu membunyikan hon bila sampai di simpang sebab jika ada kenderaan lain yang hendak turun, kenderaan itu perlu melalui jalan yang sama. Saya tak boleh bayangkan kalau kami ...
Comments
Post a Comment