Posts

Showing posts from August, 2023

Solo camping # Solo camping pertama di Camping @ Permaipura

Image
~ 21 Julai 2023 Banyak benda yang saya fikirkan sebelum nak mula solo camping. Antaranya ialah keselamatan diri, samada saya berani atau tidak untuk solo camping dan barang-barang camping cukup atau tidak. Saya mulakan dengan  menaip campsite dalam google map dan saya dapat lihat beberapa tapak camping berdekatan dengan tempat saya. Lepas tu saya mula baca review di google dan semak website campsite itu jika ada. Disebabkan ini ialah solo camping saya yang pertama, saya tak mahu pergi ke campsite yang terlalu jauh dan yang tak ramai orang. Saya cari campsite yang beginner friendly, yang ada pagar atau tak bebas untuk orang lain keluar masuk dan tapak yang ada lampu pada waktu malam. Akhirnya saya jumpa satu tapak camping yang saya rasa agak sesuai untuk solo camper yang baru mula nak berjinak-jinak dengan camping iaitu di Camping @ Permaipura di Bedong, Kedah. Saya buat tempahan dengan pemilik campsite, Mr Ken untuk bermalam satu hari pada  21 Julai 2023 (Jumaat) dengan harga RM 50 unt