About this blog

 


Blog ini dibuat hasil dari saya rasa terinspirasi dengan sebuah drama Korea pendek bertajuk One day off yang hanya mempunyai 8 episod dengan setiap episod hanya sepanjang setengah jam. Drama ini mengisahkan seorang cikgu perempuan yang mengajar subjek sastera Korea bernama Park Ha Kyung keluar untuk trip satu hari pada hari Sabtu ke tempat-tempat yang dia tidak pernah kunjungi sebelum ini. Plot drama ni bukan banyak kepada tempat yang dia pergi sangat, tapi lebih kepada orang-orang yang dia jumpa semasa perjalanan, makanan-makanan yang dia makan dan apa yang dia belajar atau rasa semasa perjalanan itu.

Saya ialah seorang yang agak introvert tapi saya suka travel terutamanya masa sebelum PKP tempoh hari. Saya travel bersama keluarga dan kawan, tapi tidak pernah keluar seorang diri. Saya tak pernah ada masalah untuk buat aktiviti seorang diri, jadi tak ada masalah juga kalau saya nak travel atau buat solo trips. Cuma saya tak pernah menulis atau mendokumenkan perjalanan saya selama ini. Yang ada cuma gambar-gambar atau video yang saya ambil semasa perjalanan yang kadang-kala saya akan letak di media sosial.

Jadi, saya mahu cuba mendokumenkan perjalanan saya dan apa yang saya nampak, belajar dan rasa walaupun cuma trip separuh hari di daerah tempat saya menetap. Blog ni bukanlah sebuah travelog, tapi lebih kepada sebuah cerita tentang ‘taking a break.’


Love,

Shasha

Popular posts from this blog

Camping di Bukit Perangin campsite

Ke Ipoh dengan adik

Library visit at lunch hour