Library visit at lunch hour

Sejak akhir-akhir ni, saya rasa penat sangat. Orang cakap mentally draining sebab bukan penat badan. Saya buat aktiviti fizikal pada hujung minggu dan dah kurangkan makanan manis dan makanan segera. Cuma bila saya ada di rumah, atau ada di pejabat atau dalam bangunan yang terkepung, saya akan jadi cepat penat. 

Hari ni saya keluar pada waktu rehat tengah hari ke perpustakaan awam bandar saya yang terletak hanya 3 minit memandu dari pejabat. Saya tak pernah masuk ke perpustakaan ini walaupun saya dah menetap di bandar ni 10 tahun. Masa kecil dulu, saya akan ikut ibu saya ke bandar dan tak akan lepaskan peluang untuk membaca di perpustakaan awam hometown saya. Masa belajar juga, saya masih ke perpustakaan untuk mengulangkaji tapi bila dah mula bekerja, tak tahulah kenapa saya tak pernah menjejak kaki ke perpustakaan awam lagi walaupun dekat sangat dengan tempat kerja. Mungkin juga sebab saya dah banyak beli buku sendiri dan saya ada kindle di rumah untuk saya baca ebook.

Apa yang saya perasan, public library di Malaysia ni (atau mungkin di bandar saya saja) akan tutup pada setiap hujung minggu dan hari kelepasan am. Susahlah orang dewasa yang bekerja nak datang ke perpustakaan kalau cuma buka pada waktu bekerja. Kalau hujung minggu pun perpustakaan boleh buka, mungkin lebih ramai orang akan datang membaca di perpustakaan.

Tapi dapat luangkan masa hampir sejam di perpustakaan tadi buat saya gembira sikit. Mungkin sebab saya dah tukar sikit rutin dan aktiviti saya dengan buat benda baru jadi saya rasa lebih tenang dan gembira. Tak banyak tapi rasa lega sikitlah. 

Comments

  1. Public library tutup weekend eh.. Tak perasan pulak.. Cuba try library cafe ke apa ntah di cyberjaya... Cafe + Library.. Best seronok..lepak membaca dgn layan cofferer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pasti public library di tempat lain macam mana. Tapi kalau tutup weekend, tak ramai boleh datang.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Camping di Bukit Perangin campsite

Ke Ipoh dengan adik