Posts

Solo camping # Solo camping pertama di Camping @ Permaipura

Image
~ 21 Julai 2023 Banyak benda yang saya fikirkan sebelum nak mula solo camping. Antaranya ialah keselamatan diri, samada saya berani atau tidak untuk solo camping dan barang-barang camping cukup atau tidak. Saya mulakan dengan  menaip campsite dalam google map dan saya dapat lihat beberapa tapak camping berdekatan dengan tempat saya. Lepas tu saya mula baca review di google dan semak website campsite itu jika ada. Disebabkan ini ialah solo camping saya yang pertama, saya tak mahu pergi ke campsite yang terlalu jauh dan yang tak ramai orang. Saya cari campsite yang beginner friendly, yang ada pagar atau tak bebas untuk orang lain keluar masuk dan tapak yang ada lampu pada waktu malam. Akhirnya saya jumpa satu tapak camping yang saya rasa agak sesuai untuk solo camper yang baru mula nak berjinak-jinak dengan camping iaitu di Camping @ Permaipura di Bedong, Kedah. Saya buat tempahan dengan pemilik campsite, Mr Ken untuk bermalam satu hari pada  21 Julai 2023 (Jumaat) dengan harga RM 50 unt

Camping di Bukit Perangin campsite

Image
 ~ 16 Jun 2023 Bestfriend balik ke rumah saya sempena weekend yang agak panjang dan kami buat perancangan last minute untuk berkhemah. Saya jumpa satu campsite yang terletak di Tanjung Jaga, Yan, Kedah iaitu Bukit Perangin Campsite dan terus booking satu tapak khemah berbumbung dengan harga RM 50 untuk satu tapak. Kami dapat ground sheet dan BBQ pit percuma dan boleh menggunakan kemudahan campsite seperti tandas, sinki dan plug point. Saya ada khemah kecil yang boleh memuatkan dua orang, jadi kami tak sewa khemah. Perjalanan naik ke campsite agak mencabar sebab terpaksa melalui jalan yang sempit yang hanya memuatkan sebuah kereta sahaja untuk lalu. Ranting-ranting dan dahan pokok bersimpang siur di tepi jalan dan kami betul-betul melalui jalan di dalam hutan. Jalan tar yang kecil itu berlubang-lubang dan kami perlu membunyikan hon bila sampai di simpang sebab jika ada kenderaan lain yang hendak turun, kenderaan itu perlu melalui jalan yang sama. Saya tak boleh bayangkan kalau kami bert

Library visit at lunch hour

Image
Sejak akhir-akhir ni, saya rasa penat sangat. Orang cakap mentally draining sebab bukan penat badan. Saya buat aktiviti fizikal pada hujung minggu dan dah kurangkan makanan manis dan makanan segera. Cuma bila saya ada di rumah, atau ada di pejabat atau dalam bangunan yang terkepung, saya akan jadi cepat penat.  Hari ni saya keluar pada waktu rehat tengah hari ke perpustakaan awam bandar saya yang terletak hanya 3 minit memandu dari pejabat. Saya tak pernah masuk ke perpustakaan ini walaupun saya dah menetap di bandar ni 10 tahun. Masa kecil dulu, saya akan ikut ibu saya ke bandar dan tak akan lepaskan peluang untuk membaca di perpustakaan awam hometown saya. Masa belajar juga, saya masih ke perpustakaan untuk mengulangkaji tapi bila dah mula bekerja, tak tahulah kenapa saya tak pernah menjejak kaki ke perpustakaan awam lagi walaupun dekat sangat dengan tempat kerja. Mungkin juga sebab saya dah banyak beli buku sendiri dan saya ada kindle di rumah untuk saya baca ebook. Apa yang saya pe

Ke Ipoh dengan adik

Image
Perancangan nak ke Ipoh tak lama, cuma saya perlu tanya adik saya samada dia free atau tidak pada tarikh trip itu. Pada mulanya saya ajak tiga orang kawan satu pejabat yang agak rapat dengan saya untuk girls’ weekend trip ni. Semua mereka dah berkahwin, tapi saya agak kalau setakat sehari mungkin tak ada masalah. Tapi kesemuanya menolak atas sebab keluarga. Saya mahu buat solo trip saya yang pertama tapi kemudian saya fikir kenapa tak ajak adik perempuan saya saja? Saya tempah tiket ETS dan penginapan satu malam di Hotel Pi Ipoh beberapa hari lebih awal. Biasalah, kalau pergi dengan adik yang masih belajar, mestilah kakak yang dah bekerja ni yang perlu sponsor semua perbelanjaan kan?  Train berlepas pada pukul 8.39 pagi dengan ETA pada pukul 12.30 tengah hari. Keretapi terawal yang bergerak dari bandar saya. Sampai di stesen KTMB Ipoh, saya sangat suka dengan design dan architecture bangunan lama stesen ni. Bangunan warna putih dengan design ala-ala bangunan Inggeris lama tapi masih di