Camping di Bukit Perangin campsite

 ~ 16 Jun 2023

Bestfriend balik ke rumah saya sempena weekend yang agak panjang dan kami buat perancangan last minute untuk berkhemah. Saya jumpa satu campsite yang terletak di Tanjung Jaga, Yan, Kedah iaitu Bukit Perangin Campsite dan terus booking satu tapak khemah berbumbung dengan harga RM 50 untuk satu tapak. Kami dapat ground sheet dan BBQ pit percuma dan boleh menggunakan kemudahan campsite seperti tandas, sinki dan plug point. Saya ada khemah kecil yang boleh memuatkan dua orang, jadi kami tak sewa khemah.

Perjalanan naik ke campsite agak mencabar sebab terpaksa melalui jalan yang sempit yang hanya memuatkan sebuah kereta sahaja untuk lalu. Ranting-ranting dan dahan pokok bersimpang siur di tepi jalan dan kami betul-betul melalui jalan di dalam hutan. Jalan tar yang kecil itu berlubang-lubang dan kami perlu membunyikan hon bila sampai di simpang sebab jika ada kenderaan lain yang hendak turun, kenderaan itu perlu melalui jalan yang sama. Saya tak boleh bayangkan kalau kami bertembung dengan kereta lain yang hendak turun bukit. Mungkin perlu berundur sebab tak ada ruang untuk berselisih. Mujur masa kami naik, kami tak bertembung dengan kenderaan lain.

Dari jalan utama, kami perlu memandu sejauh 1.3km di jalan kecil itu. Rasanya jalan tu digunakan untuk hiking atau penduduk sekitar dengan motorsikal untuk ke kebun di lereng bukit.

Campsite ni betul-betul terletak di puncak bukit. Pemilik tapak dah buat clearing di tapak, dan terdapat 10 buah tapak berbumbung dan bagi yang tidak mahu menyewa tapak berbumbung, boleh saja pacak khemah di mana-mana dengan bayaran yang lebih murah. Di hadapan campsite, saya nampak laut yang luas terbentang dengan beberapa pulau kecil di sekitar daerah Yan dan di belakang kami ada pemandangan bukit. Sekitar campsite pula ada kebun-kebun kepunyaan penduduk di sekitar kawasan ni.


Kami sampai agak awal di campsite, dan terus pasang khemah. Kemudian kami berehat, menikmati cuaca yang agak hangat, pemandangan alam dan bunyi burung dan cengkerik di sekitar. Pukul 6 petang lebih, saya dan bestfriend mula menghidupkan api untuk bakar-bakar ayam dan masak air untuk makan malam. Kami bawa keropok, maggi, roti dan telur juga bersama ayam yang diperap. Saya lebih banyak luangkan masa untuk ambil gambar sebab saya minat dengan photography.


Tujuan utama saya pilih campsite ni ialah untuk tengok sunset. Matahari terbenam betul-betul  di depan saya dan memang diakui pemandangan sunset dari tempat tinggi memang sangat cantik. Langit yang berwarna jingga dan biru gelap, burung-burung yang terbang dalam kumpulan dan bunyi cengkerik buat saya rasa tenang dan bebas. Saya rasa dapat recharge badan selepas sibuk bekerja minggu lepas. Malam-malam sikit, saya dan bestfriend stargazing dan shoot astrophotography setakat yang boleh. 


Pemilik campsite pasang lampu di sekitar tapak jadi tidaklah kami duduk dalam gelap. Pada malam itu, ada satu lagi tapak khemah yang disewa oleh sekumpulan perempuan yang nampak seusia kami. Sempatlah bertegur sapa sikit-sikit semasa kami di sana. 

Sepanjang trip camping ni, saya dan bestfriend banyak menyedari kesilapan kami. Antaranya ialah kami tak bawa peralatan yang cukup walaupun peralatan tu nampak remeh dan kecil. Pada waktu malam, dalam khemah kami agak bahang dan agak rugi tak bawa kipas dari rumah sebab di tapak ada plug point dan tak ada masalah untuk bawa sebab kami menaiki kereta. 

Saya tak dapat tidur nyenyak sebab panas tapi masih boleh melelapkan mata. Beberapa kali saya terjaga pada waktu malam. Rasanya selepas pukul 3 pagi, angin bertiup agak kuat di luar khemah tapi saya tak dapat rasa angin di dalam. Mungkin khemah kami tidak sesuai atau cara pemasangan kami tak kena. Banyak benda lagi yang saya perlu belajar tentang camping nampaknya.

Esoknya, kami menikmati sunrise dengan ayam bakar yang dipanaskan, roti dengan scramble egg dan kopi yang saya bawa dari rumah sebelum berkemas-kemas untuk check out dari campsite sebelum pukul 12 tengah hari. 

Kali terakhir saya berkhemah ialah masa belajar dulu. Sekarang lebih banyak glamping tapi sejujurnya saya lebih suka camping dan pasang khemah sendiri. Peralatan yang saya ada tidaklah banyak, cukuplah setakat berkhemah sehari semalam. Selepas trip ni, saya rasa sangat teruja untuk berkhemah lagi. Mungkin saya akan teruskan aktiviti ni sebagai hobi dan akan cuba untuk solo camping jika ada keberanian.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Ke Ipoh dengan adik

Library visit at lunch hour