Ke Ipoh dengan adik
Perancangan nak ke Ipoh tak lama, cuma saya perlu tanya adik saya samada dia free atau tidak pada tarikh trip itu. Pada mulanya saya ajak tiga orang kawan satu pejabat yang agak rapat dengan saya untuk girls’ weekend trip ni. Semua mereka dah berkahwin, tapi saya agak kalau setakat sehari mungkin tak ada masalah. Tapi kesemuanya menolak atas sebab keluarga. Saya mahu buat solo trip saya yang pertama tapi kemudian saya fikir kenapa tak ajak adik perempuan saya saja? Saya tempah tiket ETS dan penginapan satu malam di Hotel Pi Ipoh beberapa hari lebih awal. Biasalah, kalau pergi dengan adik yang masih belajar, mestilah kakak yang dah bekerja ni yang perlu sponsor semua perbelanjaan kan? Train berlepas pada pukul 8.39 pagi dengan ETA pada pukul 12.30 tengah hari. Keretapi terawal yang bergerak dari bandar saya. Sampai di stesen KTMB Ipoh, saya sangat suka dengan design dan architecture bangunan lama stesen ni. Bangunan warna putih dengan design ala-ala bangunan Inggeris lama tapi masi...